Thursday, December 19, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan STEM tingkat kemahiran pelajar

    Oleh Sim Y.H

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Dengan matlamat untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan cabaran menggunakan kemahiran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), dua kumpulan pelajar telah menyertai Pertandingan STEM sempena Southeast Asia (SEA) STEM Fair & Exposition 2023 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

    Penyertaan para pelajar dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan diiringi guru pengawas dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Serantau SEAMEO STEM-Ed dan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat STEP, di sini, kumpulan pelajar itu telah muncul sebagai pemenang projek STEM di antara 30 pemenang projek STEM lainnya dalam kategori Community and School. Kumpulan pertama dengan projek bertajuk, Pigeons Problem, terdiri daripada Awang Muhammad Ikhwan Safwan @Afi bin Haji Othman, Awangku Mohd Eljaz Mateen bin Pengiran Mohd Khairul Nizam, Awang Muhammad Irfan Ali bin Haji Hasrol Bahri dan Awangku Nur Amir Bazli bin Pengiran Amir Faisal.

    Projek Pigeons Problem juga menerima anugerah The Most Interesting Project semasa acara itu. Manakala itu, kumpulan kedua dengan projek, Bird Problems in MSPSBS, diwakili oleh Dayang Nur Amirah Batrisyia binti Abdul Aji, Dayang Nur Ameerah Batrisyia binti Mohd Redwan dan Dayang Nur Afifah Bazilah binti Haji Khairul Hazmi.

    Pelajar-pelajar berkenaan telah dibimbing oleh tiga orang guru pengawas dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan.

    Turut hadir ialah Pegawai Pelajaran di Pusat STEP, Kementerian Pendidikan, Dr Andery Lim.

     

    Gambar ramai pemenang pertandingan tersebut. – Gambar serahan STEP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda