Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pertandingan Tausyeh Peringkat Akhir 2023 pada 5 November ini

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Pertandingan Tausyeh Peringkat Akhir 2023 akan berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada pukul 1 petang, 5 November depan.

    Pertandingan berkenaan juga akan dapat disaksikan menerusi siaran langsung melalui saluran RTB Aneka dan RTBGo termasuk rangkaian radio, Nur Islam FM.

    Sehubungan itu, majlis menandatangani perjanjian tajaan bagi pertandingan berkenaan telah diadakan di Bangunan Utama, Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Brunei (RTB), Sungai Akar, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RTB, di sini, menandatangani perjanjian bagi mewakili RTB ialah Pemangku Pengarah, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Muhammad Kifli manakala syarikat-syarikat penaja iaitu Perbadanan TAIB, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd dan Darussalam Holdings Sdn Bhd telah diwakili oleh pengurus atau wakil syarikat masing-masing.

    Pertandingan itu telah mula diperkenalkan pada 2001 di mana ia merupakan salah satu usaha berterusan RTB bagi memartabatkan keindahan seni Islam melalui lagu berunsur dakwah, nasihat bagi masyarakat, kenegaraan dan kebesaran Islam yang dialun dengan irama tausyeh.

    Pada tahun ini, empat kumpulan bagi kategori lelaki dan empat kumpulan bagi kategori perempuan akan bertanding di peringkat akhir.

    Pengiran Haji Ismail bergambar ramai dengan pengurus dan wakil-wakil syarikat penaja Pertandingan Tausyeh Peringkat Akhir 2023. – Gambar serahan RTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...