Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan Tausyeh semarakkan selawat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Kumpulan Shababul dari Ma’had Islam Brunei dan Kumpulan Tajul’iffah dari Sekolah Ugama Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, masing-masing diumumkan sebagai johan dalam Tausyeh Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Senegara Kali Ke-16, Tahun 2024 baru-baru ini.

    Pertandingan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha itu dihadiri oleh Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Agama (KHEU), Haji Shamshol bin Haji Omar selaku tetamu kehormat majlis.

    Atas & Bawah: sebahagian daripada persembahan semasa pertandingan berkenaan.

    Pertandingan anjuran Bahagian Kegiatan Kerohanian, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan itu diadakan untuk menggalakkan para pelajar untuk memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW di samping dapat menguasai tausyeh dengan lebih sempurna dan melatih untuk berani tampil di depan khalayak ramai serta melatih kerjasama dalam pasukan.

    Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan di mana 4 pasukan dari setiap kategori telah layak ke peringkat akhir.

    Haji Shamshol menyampaikan hadiah kepada sebahagian pemenang. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

    Naib johan bagi kategori lelaki dimenangi oleh Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan tempat ketiga, Sekolah Menengah Tanjong Maya.

    Manakala bagi kategori perempuan, Sekolah Menengah Arab Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dengan nama Kumpulan Naghomat Al-Haya’ telah memenangi naib johan dan Sekolah Menengah Menglait dengan nama Kumpulan Az-Zahra di tempat ketiga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda