Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 NOV – Kumpulan Firqah Halawatul Aswats muncul johan Kategori Dewasa Lelaki manakala Kumpulan Firqah Halawatuzzahra johan Kategori Dewasa Perempuan dalam Pertandingan Tausyeh Peringkat Akhir 2023 yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
Johan kedua-dua kategori memenangi wang tunai $3,000, naib johan $2,000, tempat ketiga $1,000 dan sagu hati sebanyak $700, berserta piala.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/11/web-3.jpg)
Sementara itu, Kumpulan Terbaik ialah Kumpulan Firqah Halawatul Aswats yang membawa pulang hadiah piala dan wang tunai $500.00.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.
.