Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertarungan Musk, Mark disiarkan di X

    NEW YORK, 6 OGOS – Elon Musk berkata pertarungannya secara bersemuka dengan Mark Zuckerberg akan disiarkan di laman media sosialnya X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

    Kedua-dua jutawan teknologi itu nampaknya bersetuju untuk ‘pertarungan sangkar’ secara bersemuka pada akhir Jun. Zuckerberg sebenarnya terlatih dalam seni mempertahankan diri campuran dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat induk Facebook, Meta itu telah menyiarkan untuk menamatkan kejohanan jiu jitsu pertamanya awal tahun ini.

    “Pertarungan Zuck menentang Musk akan disiarkan secara langsung di X,” tulis Musk dalam hantaran hari ini di platform tersebut.

    “Semua hasil akan disalurkan kepada badan amal untuk veteran,” tambahnya.

    Musk berkata awal pagi tadi dia berlatih untuk pertarungan tersebut dengan melakukan senaman angkat berat.

    Mark Zuckerberg (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk. – AP

    “Tidak mempunyai masa untuk bersenam, jadi saya hanya membawanya ke tempat kerja,” tulis Musk di X.

    Sama ada Musk dan Zuckerberg benar-benar bertarung di gelanggang masih belum pasti, terutamanya kerana Musk sering menyiar tweet mengenai tindakan sebelum waktunya atau tanpa tiindakan susulan.

    Namun walaupun perjanjian pertarungan tersebut hanyalah satu gurauan, namun ia telah menarik perhatian warganet.

    Semuanya bermula apabila Musk, pemilik X, membalas tweet mengenai Meta yang bersedia untuk melancarkan saingan baharu Twitter yang dipanggil Threads.

    Dalam responsnya, Musk mengambil kesempatan untuk menyindir tentang dunia yang semakin ‘eksklusif di bawah kepimpinan Zuck tanpa pilihan lain.’ – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda