NEW YORK, 13 Okt – Miguel Cotto dari Puerto Rico, juara dunia enam kali dalam empat divisyen berat yang berbeza, akan bertarung bagi kali terakhir pada 2 Disember di New York menentang petinju Sadam Ali, umum promoter.
Cotto, yang mengumpulkan 41-5 dengan 33 ‘knockout’, akan mempertahankan gelaran light middleweight Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) di Madison Square Garden menentang Ali, atlet Olimpik AS 2008 yang berpangkalan di Brooklyn, yang mengumpulkan 25-1 dengan 14 ‘knockout’.
Ia adalah pertarungan ke-10 di arena Manhattan bagi Cotto, yang memiliki gelaran dunia dalam super lightweight, welterweight, light middleweight dan middleweight.
“Saya merasa teruja untuk kembali ke gelanggang bagi pertarungan terakhir saya di The Garden. “Saya bekerja keras sepanjang kerjaya saya untuk berada pada peringkat ini,” kata Cotto.
“Saya memberikan tumpuan sepenuhnya untuk bersama (pelatih) Freddie Roach jadi kami boleh bekerja keras dan mempunyai kejayaan hebat.”
Cotto menewaskan bintang-bintang terkenal sejak kemunculan professional 2001, termasuk Zab Judah, Paulie Malignaggi, Shane Mosley, Antonio Margarito dan Ricardo Mayorga.
Selepas tewas kepada Saul “Canelo” Alvarez dari Mexico pada November 2015, Cotto senyap selama 21 bulan sebelum kemenangan keputusan yang tidak dipertikaikan pada Ogos di Los Angeles ke atas Yoshihiro Kamegai dari Jepun untuk memenangi gelaran WBO yang akan dipertahankannya menentang Ali.
“Saya merasa teruja untuk diberikan peluang menentang legenda,” kata Ali. “Masa saya adalah sekarang.”
Satu–satunya kekalahan Cotto di Garden adalah ketika menentang Austin Torut dari AS pada tahun 2012. Manakala kekalahannya yang lain adalah kepada Margarito dari Mexico, Floyd Mayweather dari AS dan legenda Filipina, Manny Pacquiao. – AFP