Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertembungan kereta api Mesir, tiga terbunuh

    KAHERAH, 15 SEPT – Dua kanak-kanak adalah antara tiga orang yang maut apabila dua kereta api bertembung kelmarin di utara Mesir, kata kementerian kesihatan dan media kerajaan.

    Ia adalah insiden terbaru dalam siri kemalangan memautkan yang melanda rangkaian kereta api Mesir, yang telah dibelenggu oleh infrastruktur yang semakin uzur dan salah urus.

    Seramai 49 orang lagi cedera dalam nahas tersebut, yang berlaku di Zagazig, 80 kilometer utara Kaherah, kata kementerian itu di laman Facebooknya.

    Akhbar milik kerajaan, Al-Ahram berkata dua kanak-kanak adalah antara yang maut.

    Menteri Pengangkutan, Kamel el-Wazir berkata dalam temu bual televisyen bahawa punca perlanggaran adalah “elemen manusia, tetapi apa sebenarnya (berlaku) kita serahkan kepada perkhidmatan keselamatan untuk menentukannya”, sambil menambah tiada isu teknikal.

    Seramai 105 juta penduduk Mesir amat bergantung pada pengangkutan kereta api, tetapi rangkaian itu, salah satu yang terbesar di benua Afrika, telah mengalami kemalangan maut berulang kali.

    Pada 2021, dua kemalangan berlaku dalam tempoh kurang sebulan, mengorbankan lebih 40 orang. – AFP

    Orang ramai mengerumuni dua kereta api penumpang yang bertembung di bandar Zagazig Delta Nil Mesir, ibu kota wilayah wilayah Sharqiya, pada 14 September. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda