BEIRUT, 27 OGOS – Pertempuran antara pejuang antikerajaan dan tentera rejim membunuh 51 anggota daripada kedua-dua pihak di barat laut Syria hari ini, kata seorang pemerhati perang.
Pejuang rejim yang disokong oleh Rusia telah berminggu-minggu menakluki pinggir kubu Idlib yang dikendalikan jihad, sebuah wilayah yang bersempadan dengan Turki, selepas memerangi kawasan itu hampir berbulan-bulan.
Tetapi pemberontak dan jihad hari ini menyerang kedudukan pasukan tentera di selatan kubu itu, kata Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain.
“Pertempuran ganas di timur bandar Khan Sheikhun berlaku pada waktu subuh selepas pejuang dan kumpulan pembangkang menyerang kedudukan rejim,” kata ketua balai cerap, Rami Abdel Rahman.
Serangan itu diketuai oleh kumpulan Hurras al-Deen yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan puak jihad lain iaitu Ansar al-Deen, katanya.

Pertempuran tersebut telah membunuh 23 pasukan rejim dan 20 anggota lawan, termasuk 13 anggota pejuang jihad, menurut balai cerap.
Di tenggara kubu itu, lapan pemberontak terbunuh ketika cuba menyelinap ke arah barisan hadapan kedudukan rejim berhampiran lapangan terbang tentera Abu Duhur, kata pemerhati.
Anggota rejim kembali menakluki kawasan Khan Sheikhun minggu lalu dan telah menguasai utara bandar itu baru-baru ini ketika mereka bersedia untuk meneruskan serangan mereka.
Pekan ini terletak di lebuh raya utama di sepanjang wilayah Idlib dan menawan sepenuhnya arteri akan membolehkan kerajaan untuk menghubungkan Damsyik ke bandar kedua, Aleppo.
Rejim dan pengeboman Rusia telah menyerang daerah-daerah di utara Khan Sheikhun pada hari-hari kebelakangan ini, di sekitar bandar Maaret al-Noman. – AFP