Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertempuran di Ukraine masuk hari ketiga

    AVDIIVKA, Ukraine, 31 Jan – Pasukan Ukraine dan pemberontak yang disokong Rusia bertempur buat hari ketiga berturut-turut di sebuah bandar hari ini, ketika ribuan warga tempatan masih lagi tanpa bekalan elektrik selepas pertempuran bertambah hebat.

    Hab industri Avdiivka diserang pada Ahad oleh pemberontak yang ingin merampas kembali wilayah yang dikawal oleh Kiev semasa perang hampir tiga tahun.

    Pertempuran Avdiivka itu telah meragut 13 nyawa dan pejuang di kedua-dua belah pihak sejak Ahad.

    Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menegaskan tindakan segera bagi menangani situasi itu dengan memendekkan lawatan ke Berlin kelmarin.

    Seorang wartawan AFP menyaksikan para pemisah membedil bandar seramai 20,000 orang dengan ledakan pusingan sistem roket Grad berulang kali dan tembakan artileri sejak awal pagi.

    “Buat masa sekarang, tidak ada bekalan elektrik. Kami belum lagi menyelesaikan masalah untuk memanaskan rumah dan paip gas telah berkecai,” kata jurucakap askar wanita Ukraine, Olena Mokrynchuk kepada AFP.

    Pentadbir tentera bandar, Freedon Vekua memberitahu AFP, dia sedang bersedia bagi kemungkinan pengoso-ngan Avdiivka – yang terletak hanya lima kilometer dari utara bandar pemberontak Donetsk – disebabkan tiada bekalan tenaga. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda