LONDON, 22 Feb – Kunjungan Liverpool ke Manchester United pada Ahad ini menyaksikan pasukan tersebut menghadapi tugasan sukar bagi persaingan Liga Perdana Inggeris tersebut ketika pasukan Tottenham berusaha untuk kembali dalam persaingan merebut gelaran musim ini.
Kunjungan ke Old Trafford itu adalah perlawanan dalam tangan skuad Jurgen Klopp ketika mereka berusaha untuk mendahului tiga mata ke atas Manchester City, yang bakal menentang Chelsea dalam Piala Liga pada hari yang sama.
Liverpool menewaskan United 3-1 di Anfield pada perlawanan terakhir kendalian Jose Mourinho pada Disember lalu tetapi mereka berubah ketika berada di bawah pengendali sementara Ole Gunnar Solskjaer dan kembali pada kedudukan empat teratas.
Jika Spurs menewaskan Burnley dan Liverpool terjejas, pasukan kendalian Mauricio Pochettino ketinggalan dua mata di belakang City.
Reds mengetahui bahawa kemenangan di Old Trafford, di mana mereka hanya menang dua kali dalam saingan liga sejak 2004, adalah satu kenyataan besar ketika mereka memburu gelaran liga pertama sejak 1990.

Pasukan kendalian Klopp itu mencatatkan kelebihan 14 mata dari United tetapi mereka akan menghadapi pasukan berbeza dari yang pernah mereka singkirkan pada Disember lalu.
“Sejak pengurus baharu datang, terdapat pengaliran baharu, mereka beraksi dengan perlawanan yang bagus dan telah banyak mencatatkan kemenangan dan ia telah membina keyakinan dalam pasukan tersebut,” kata pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum.
“Ia juga perlawanan di gelanggang sendiri bagi mereka jadi setentunya mereka memiliki keyakinan tinggi memandangkan mereka tidak menghadapi masalah sebelumnya.”
Solskjaer menjulang pasukannya untuk berada dalam tempat Liga Juara-Juara dan tahu sebarang peluang yang dimilikinya untuk menjadi pengurus kekal sudah pasti dengan mempamerkan aksi konsisten.
Tetapi pemain pertahanan, Luke Shaw berkata bos sementara itu, dikenali bagi sikapnya yang ceria, berupaya mempamerkan kekentalan.
“Anda tahu, Ole melakukannya pada masa yang tepat (mempamerkan sudut yang lain),” Shaw memberitahu MUTV. “Dia tahu betapa bagusnya kami dan jika kami tidak mencapai kepada standardnya atau standard Manchester United, dia pasti akan memaklumkan kami.” – AFP