Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pertempuran ganas bayangi Festival Cahaya

    TAUNGGYI, MYANMAR, 22 NOV – Belon udara panas bercorak terang yang melancarkan bunga api melambung ke langit malam di Negeri Shan, Myanmar ketika perayaan yang sangat digemari kembali, namun orang ramai menjauhkan diri daripada acara yang disokong tentera itu ketika pertempuran ganas meningkat di seluruh negara.      

    Perayaan Tazaungdaing, juga dikenali sebagai Festival Cahaya, kembali ke bandar Taunggyi kelmarin, selepas dihentikan selama tiga tahun akibat wabak koronavirus dan pergolakan berikutan tentera merampas kuasa pada 2021.

    Acara yang biasanya riuh-rendah itu menyaksikan pasukan-pasukan memuatkan bateri bunga api ke dalam belon udara panas buatan sendiri, dengan pengadil menilai reka bentuk alat dan kehebatan letupan udara.

    Namun sambutan yang diuruskan oleh tentera tahun ini senyap, dengan orang ramai menjauhkan diri dan kehadiran besar anggota keselamatan yang dikerahkan ketika pertempuran junta menyelaraskan serangan-serangan di seluruh negara.

    Taunggyi terletak ke arah pinggir barat daya negeri Shan, sekitar 350 kilometer dari timur laut negeri itu, yang menyaksikan pertempuran sengit sejak pakatan bersenjata kumpulan etnik minoriti melancarkan serangan terhadap junta pada 27 Oktober lalu.

    Askar-askar bertopeng berdiri mengawasi di sebelah trak-trak pemadam isyarat di bandar, dan bayang-bayang yang lain berjaga di atas bukit di sekliling.

    Konvoi kenderaan pacuan empat roda menghantar pembesar-pembesar tempatan – ada yang diiringi pengawal peribadi militia pro-tentera – ke pentas, di mana mereka menyaksikan ratusan pelajar sekolah dan kolej mempersembahkan tarian serentak.

    Di kawasan penonton di seberang pagar – biasanya penuh dengan penonton – orang ramai duduk di atas selimut dalam kumpulan kecil yang berselerak.

                “Tidak ramai orang yang datang tahun ini,” kata Nu Nu Sein, 70. “Saya betul-betul kesal. Patutnya ramai lagi orang ada di sini.” – AFP

    Gambar yang diambil pada 21 November menunjukkan kanak-kanak melepaskan tanglung semasa perayaan Tazaungdaing, juga dikenali sebagai Festival Cahaya, di Taunggyi di Negeri Shan, Myanmar. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...