Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pertempuran tercetus di laluan perdagangan utama Myanmar

    YANGON, 1 DIS – Pejuang etnik minoriti hari ini bertempur dengan tentera Myanmar di laluan perdagangan utama ke Thailand, menyebabkan lalu lintas tersekat dan orang ramai melarikan diri, kata penduduk dan media tempatan.

    Pejuang dari Kesatuan Kebangsaan Karen (KNU) bertempur dengan tentera pada waktu subuh di bandar Kawkareik, timur negeri Karen, menurut laporan media tempatan.

    Bandar tersebut terletak di Lebuh raya Asia yang menghubungkan hab perdagangan Myawaddy di sempadan Thailand dengan bandar terbesar Myanmar, Yangon.

    Video dari bandar Kawkareik yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan puluhan trak berhenti di atas jalan dan kepulan asap kelihatan ketika orang ramai mencari tempat perlindungan.

    Wartawan pengesahan digital AFP telah mencari geo lokasi video itu, yang tidak pernah muncul dalam talian sebelum ini.

    Seorang penduduk Kyondoe, sebuah bandar kira-kira 20 kilometer di barat Kawkareik di sepanjang lebuh raya, melaporkan terdengar tembakan artileri dari pangkalan tentera berhampiran sejak malam kelmarin.

    “Saya nampak jet pejuang juga,” kata penduduk itu, yang tidak mahu namanya didedahkan atas sebab keselamatan.

    “Penduduk dari bandar Kyondoe melarikan diri. Hanya beberapa orang yang tinggal untuk menjaga rumah kami.

    “Tetapi sejak kami melihat jet pejuang terbang, kami kini bersedia untuk meninggalkan tempat ini juga.” – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...