Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pertemuan Hun Sen, jeneral junta cetus kemarahan

    BANGKOK, 7 JAN – Lawatan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen ke Myanmar dalam usaha menghidupkan semula usaha damai selepas rampasan tentera tahun lalu, memprovokasi kemarahan dalam kalangan pengkritik, yang mengatakan beliau mengesahkan rampasan kuasa tentera.

    Hun Sen merupakan ketua negara pertama melawat Myanmar sejak rampasan junta Februari tahun lalu. Pemimpin autoritarian Kemboja itu memegang kuasa selama 36 tahun dan mengetatkan kawalan ke atas aktiviti politik di negaranya.

    Dalam peranannya sebagai pengerusi semasa bagi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), beliau bertemu dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing yang menggulingkan kerajaan dipilih, Aung San Suu Kyi, mengheret Myanmar ke dalam konflik ganas dan bencana ekonomi.

    Gambar-gambar disiarkan akhbar rapat dengan junta, Popular News Journal menunjukkan kedua-duanya berdiri sebelah menyebelah dengan memakai pelitup muka, berlaga lengan dan duduk di kerusi keemasan di hadapan sebuah skrin kuning. Kementerian Penerangan Myanmar mengatakan kedua-duanya mengadakan rundingan hubungan dua hala dan isu-isu berkepentingan bersama, termasuk ASEAN. Ia bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

    Tunjuk perasaan dan rapat umum diadakan di beberapa bahagian Myanmar ketika orang ramai melahirkan kemarahan ke atas kunjungan Hun Sen. Ratusan penunjuk perasaan membakar potret perdana menteri Kemboja itu dan melaungkan, ‘Bakar Hun Sen yang tidak berperikemanusiaan. Orang berhubung dengan Mun Aung Hlaing perlu mati dalam keadaan dahsyat,’ menurut video disiarkan dalam talian. – AP

    Penunjuk perasaan membakar imej Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen semasa rapat umum di Mandalay bagi membantah lawatannya ke Myanmar, 7 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...