Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan imbau kenangan zaman sekolah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Bekas pelajar Sekolah Persediaan Inggeris pengambilan tahun 1980 hingga 1985 berpeluang mengimbau kenangan lama semasa di bangku sekolah dalam sesi perjumpaan semula yang diadakan di Garden’s Veranda Hall, Rimba Garden Central, baru-baru ini.

    Sesi perjumpaan tersebut menjadi lebih istimewa dengan kehadiran beberapa guru yang telah mengajar mereka semasa tahun persekolahan mereka pada majlis tersebut yang dipenuhi dengan keceriaan dan ketawa kerana setiap orang mengingati dan mengimbas kembali hari-hari pengajaran dan pembelajaran mereka serta berkongsi pengalaman kehidupan masing-masing.

    Pengerusi jawatankuasa penganjur dalam ucapan alu-aluannya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang mendalam kepada guru-guru yang hadir atas dedikasi dan komitmen mereka dalam memberikan pengetahuan yang berharga bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam pembinaan karakter pelajar.

    Bekas pelajar juga mengharapkan hubungan bersama guru-guru mereka tetap kukuh dan akan diberi lebih banyak peluang untuk bertemu semula pada masa akan dating.

    Gambar ramai semasa sesi pertemuan semula berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda