Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan Maduro, Petro buahkan hasil

    CARACAS, 8 JAN – Presiden Colombia, Gustavo Petro baru-baru ini membuat lawatan mengejut untuk bertemu rakan sejawatnya, Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, yang merupakan pertemuan kedua mereka selepas bertahun-tahun memutuskan hubungan diplomatik.

    Kedua-dua pemimpin tersebut mengadakan perbincangan selama kira-kira tiga jam di Istana Presiden Miraflores di Caracas, di mana Petro, yang merupakan Presiden Colombia berhaluan kiri yang pertama, tiba di sana sekitar tengah hari.

    Persidangan tersebut diadakan beberapa hari selepas pembukaan penuh semula sempadan yang dikongsi bersama negara-negara Amerika Selatan itu, yang telah ditutup disebabkan pertikaian pemilihan semula Maduro pada 2018.

    Sejak menjawat jawatan itu pada Ogos lalu, kerajaan Petro telah berusaha untuk membaiki hubungan diplomatik dengan Caracas.

    Satu kenyataan bersama telah dikeluarkan selepas pertemuan Maduro dan Petro baru-baru ini yang menyatakan Venezuela akan membantu kerajaan Colombia mencapai matlamatnya dalam mengekalkan gencatan senjata dua hala.

    Kenyataan tersebut juga menyatakan kedua-dua pemimpin tersebut meraikan kemajuan yang dicapai selepas pembukaan jambatan sempadan dan mereka berharap pelbagai perjanjian dapat dicapai lagi pada masa depan. – AFP

    Petro (kiri), berjabat tangan dengan Maduro di hadapan Istana Presiden Miraflores, Caracas, Venezuela, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda