Monday, May 12, 2025
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan Sasterawan Brunei ke-7 berakhir

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Pertemuan Sasterawan Brunei ke-7, 2019 yang diadakan selama dua hari berakhir malam tadi dengan Majlis Malam Semarak Sastera bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan. Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.

    Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, selaku pengerusi bersama Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-7, 2019 antara lain menjelaskan bahawa pada pertemuan selama dua hari ini telah melahirkan beberapa buah fikiran yang perlu khususnya DBP, ASTERAWANI, Kumpulan Putra Seni dan persatuan NGO tindaklanjuti bersama.

    Semarak Sastera diadakan bagi meraikan dan mempertemukan penulis-penulis mapan, penulis muda, para penggiat dan persatuan-persatuan penggerak sastera di Negara Brunei Darussalam, di mana seramai 16 orang pembentang kertas kerja termasuk pembentang kertas perdana dan panel forum menyertai pertemuan tersebut.

    Pertemuan selama dua hari tersebut mengangkat tema besar ‘Pengarang Brunei: Pengarang dan Kepengarangan’ serta mengangkat sebanyak lima subtema. Majlis pada malam tadi diselajurkan dengan pembentangan resolusi oleh ahli ASTERAWANI, Dr Hajah Dayang Fatimah binti Haji Awang Chuchu diikuti dengan majlis penyampaian sijil kepada pembentang kertas kerja utama dan para pembentang, panel forum PSB ke-7, 2019 yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

    Acara itu diikuti dengan majlis lafaz penangguhan yang disampaikan oleh Pengiran Haji Hasnan dan diakhir dengan persembahan pentas improvisasi puisi bertajuk ‘Lingkaran’ hasil karya Zefri Ariff Brunei dan persembahan deklamasi sajak daripada penulis dan penggiat sastera Brunei Darussalam.

    Tetamu kehormat ketika menyampaikan sijil kepada salah seorang pembentang.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda