Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan semula eratkan silaturahim

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Seramai 60 orang mantan penyelia dan operator yang pernah berkhidmat dengan Jabatan Telekom Brunei (JTB) menghadiri majlis pertemuan semula yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, kelmarin.

    Antara yang hadir ialah Datin Hajah Hasiah binti POKPS Dato Paduka Haji Hashim dan Judith Shim yang merupakan penyelia operator JTB.

    Majlis itu diselajurkan dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi mantan penyelia dan operator yang telah kembali ke rahmatullah yang dipimpin oleh Haji Sapawi bin Haji Tahir.
    Majlis bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sekian lama terjalin dan merupakan masa yang sesuai untuk bersua muka dan beramah mesra.

    JTB telah diswastakan pada 1 April 2006 dan dikenali sebagai Telekom Brunei Berhad (TelBru).

    Antara yang menghadiri majlis pertemuan semula bagi mantan-mantan penyelia dan operator JTB yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda