Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan semula ex-BPY 94 imbas kenangan Program SSEAYP 1994

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Bekas Peserta Rancangan Kapal Belia Brunei (ex-BPY) 94 yang mengikuti Program Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Tahun 1994, telah mengadakan majlis pertemuan semula bertempat di sebuah hotel di kawasan Kampung Anggrek Desa, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah bekas pemimpin Negara Brunei Darussalam (BNL) 94, Haji Mohd Zali bin Haji Arsad.

    Seramai 25 orang ahli ex-BPY 94 dan para jemputan turut hadir pada majlis yang antaranya dimeriahkan dengan sesi pemotongan kek ulang tahun ke-30, pameran, dan persembahan serta hadiah bertuah.

    Ramah mesra sambil mengimbas kenangan serta bertukar pandangan dan idea di antara bekas peserta dan pemimpin juga menjadi penyeri suasana majlis tersebut.

    Dengan adanya majlis sedemikian, ex-BPY 94 turut menaruh harapan agar semangat persahabatan yang sedia ada itu akan terus mengalir dari semasa ke semasa. Dalam pada itu, sejurus majlis pertemuan semula ini, mereka turut mengadakan majlis seumpamanya bagi meraikan ulang tahun SSEAYP 1994 bersama wakil dari tujuh negara termasuk Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Bali, Indonesia.

    Gambar ramai ahli ex-BPY 94 semasa majlis pertemuan semula sambil meraikan ulang tahun ke-30, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN EX-BPY 94
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda