Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan semula imbau kenangan menuntut di Australia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Seramai 20 orang mantan tenaga pengajar pendidikan teknikal yang telah mengikuti latihan perguruan di Hawthorn Institute, Melbourne, Australia pada tahun 1988 hingga 1989, telah berkumpul semula dalam Majlis Pertemuan Semula Mantan-mantan Tenaga Pengajar Pendidikan Teknik yang diadakan baru-baru ini di Higher Point Cafe, Kampung Kiulap.

    Majlis tersebut merupakan kali kedua ia diadakan setelah kumpulan tersebut menamatkan latihan perguruan pada tahun 1989. Sebilangan besar mereka yang hadir pada majlis tersebut adalah mereka yang telah bersara daripada perkhidmatan awam sebagai tenaga pengajar pendidikan teknikal di beberapa buah institusi pendidikan teknik yang mana sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknik.

    Majlis tersebut bukan sahaja bagi mengimbau kenangan semasa menuntut di Melbourne, Australia dan kenangan semasa berkhidmat di Jabatan Pendidikan Teknik, ia juga dijadikan sebagai platform bertukar khabar, merapatkan lagi silaturahim setelah sekian lama terputus serta memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah memberikan kesihatan untuk berkumpul semula.

    Mantan-mantan tenaga pengajar pendidikan teknikal bergambar ramai semasa majlis pertemuan tersebut. – GAMBAR SERAHAN MANTAN TENAGA PENGAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DI MELBOURNE, AUSTRALIA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda