BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MEI – Walaupun bulan Syawal sudah berlalu, namun dalam semangat perpaduan dan persahabatan, ramah mesra bagi pertemuan semula mantan bomba terus dilaksanakan dalam usaha mengeratkan hubu-ngan silaturahim mantan-mantan bomba yang telah bersara.
Sehubungan dengan itu, kira-kira 100 orang mantan bomba jabatan dan agensi kebombaan telah menghadiri Majlis Ramah Mesta Mantan Bomba 2025 yang berlangsung di Kilanas, hari ini.
Pada majlis itu, pengerusi bersama majlis, Haji Wan Ramli bin Haji Wan Ibrahim dalam ucapan alu-aluannya menyatakan majlis itu dihasratkan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan memberi peluang untuk mengimbau kisah dan peristiwa semasa berkhidmat dahulu.
Majlis juga diselajurkan dengan bacaan Doa Selamat dan Tahlil bagi mengenang mantan-mantan bomba yang telah kembali ke rahmatullah.
Bagi acara tahun ini, ia turut melibatkan mantan-mantan bomba dari beberapa jabatan dan agensi kebombaan yang ada di Negara Brunei Darussalam termasuk dari Bomba ABDB, Bomba Lapangan Terbang dan Bomba SHELL.