Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan semula kukuhkan ikatan lama terjalin

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Lebih 60 orang mantan guru dan bekas penuntut Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) tahun 1983-1988 telah menghadiri majlis pertemuan semula yang diadakan di salah sebuah restoran di Jalan Telanai, baru-baru ini.

    Acara tersebut diadakan untuk mengukuhkan ikatan persahabatan dan persaudaraan antara mantan guru dan bekas penuntut.

    Pertemuan itu dimeriahkan dengan cabutan bertuah, pertandingan pakaian antarabangsa terbaik dan menarik serta penyampaian sijil penghargaan khas sebelum diakhiri dengan acara bergambar ramai.

    Antara yang hadir pada majlis pertemuan semula berkenaan. – GAMBAR SERAHAN ZAKI BIN HAJI SAHAK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda