Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan semula sempena Aidilfitri

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Julai – Seramai 50 orang bekas penuntut Sekolah Menengah Melayu Muda Hashim, Tutong, pagi tadi, telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri yang diadakan di Royal Brunei Golf & Country Club (RBGCC), Jerudong.

    Majlis seumpamanya bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara bekas penuntut sekolah berkenaan sempena bulan Syawal yang mulia ini.

    Menurut pengerusi majlis berkenaan, Haji Ahmad bin Haji Abdul Razak semasa ucapan alu-aluannya menekankan mengenai kepentingan menanamkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan bekas pelajar.

    “Selain mengadakan perjumpaan berkenaan, bekas warga sekolah berkenaan boleh bermaaf-maafan dan mengukuhkan lagi persahabatan yang sudah lama terjalin,” jelasnya.

    Majlis tersebut juga diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian daripada bekas penuntut sekolah berkenaan.

    Gambar ramai bersama antara bekas penuntut Sekolah Menengah Melayu Muda Hashim, Tutong semasa majlis tersebut.
    Gambar ramai bersama antara bekas penuntut Sekolah Menengah Melayu Muda Hashim, Tutong semasa majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda