Tuesday, March 21, 2023
21.2 C
Brunei

-

Pertemuan Sunak-Xi dibatalkan

NUSA DUA, INDONESIA, 16 NOV – Pertemuan yang diaturkan antara Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak dan Presiden China, Xi Jinping semasa Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) hari ini telah dibatalkan, menurut kenyataan dari Downing Street.

“Pertemuan tersebut dibatalkan disebabkan oleh isu jadual,” menurut jurucakap bagi perdana menteri kepada AFP.

Pertemuan, yang diumumkan semalam, sepatutnya menjadi pertemuan yang pertama dalam tempoh hampir lima tahun.

Jurucakap kementerian luar China, Mao Ning berkata, “Saya tidak mempunyai sebarang maklumat untuk dikongsikan.”

“Saya ingin menegaskan bahawa China komited untuk mempromosikan pembangunan yang sihat dan stabil dalam hubungan China-United Kingdom (UK),” tambahnya.

“Kami berharap UK akan bekerjasama dengan China.”

Downing Street berkata bahawa Sunak merancang untuk mengadakan pertemuan mengenai ‘hubungan yang telus dan membina’ antara London dan Beijing.

Antara isu utama yang dibincangkan semasa G20, termasuk ekonomi global dan keselamatan makanan dan tenaga, yang masih menemui jalan buntu ‘tanpa tindakan selaras oleh negara-negara ekonomi utama di seluruh dunia. Ini termasuk China.

Sunak bertemu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden hari ini dan kedua-dua pemimpin tersebut mengutuk peperangan di Ukraine dan menggelarnya sebagai ‘tidak bertamadun’ selepas dua orang terbunuh ketika peluru berpandu mengenai Poland. – AFP

Rishi Sunak semasa menghadiri Sidang Kemuncak G20 di Nusa Dua, Bali, kelmarin. Pertemuan yang diaturkan antara Sunak dan Jinping dibatalkan disebabkan isu jadual. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kishida umum rancangan Indo-Pasifik baharu di India

NEW DELHI, 20 MAC - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida hari ini menjemput rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi untuk menghadiri sidang kemuncak negara-negara...
- Advertisment -