Sunday, March 16, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertemuan yang dinanti

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Drama terbaharu yang bertajuk Hilang Yang Kembali telah mula disiarkan di TV3 pada 20 Ogos lalu dan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis bermula pada pukul 10 malam.

    Drama berkonsepkan percintaan dan konflik keluarga ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Padi Pictures Sdn Bhd.

    Drama yang mempunyai 12 episod ini dibintangi oleh beberapa pelakon yang sememangnya terkenal dalam industri hiburan Malaysia iaitu Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainuddin dan banyak lagi.

    Drama ini turut menampilkan lagu temanya sendiri iaitu Hilang Yang Kembali dinyanyikan oleh Amzeeq.

    Kronologi ringkas

    Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Danial yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan.

    Adakah Razif dan Fara akan menjumpai anak mereka yang telah hilang 10 tahun yang lalu?

    Puas mereka mencari Danial tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu.

    Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

    Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang juga tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendam dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya.

    Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

    Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

    Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda