TORRANCE, Calif, 6 Jan – Tiga lelaki ditembak mati lewat Jumaat dan empat lagi cedera apabila satu kejadian pergaduhan yang akhirnya mencetuskan aksi tembakan telah berlaku di sebuah kawasan permainan boling Los Angeles, sekali gus mengakibatkan keadaan menjadi huru-hara.
Polis di bandar pantai Torrance telah bertindak balas selepas menerima panggilan kejadian itu pada tengah malam di Gable House Bowl. Mereka menemui tujuh orang dengan kesan luka akibat tembakan.
Sementara tiga lelaki terbunuh di tempat kejadian dan dua lagi lainnya telah dikejarkan ke sebuah hospital, Sgt. Ronald Harris berkata.
Dua lelaki lain yang diserang dalam insiden itu bagaimanapun tidak mahu dibawa ke hospital dan memilih untuk dirawat sendiri.
Pihak berkuasa tidak mengenal pasti mangsa atau suspek atau mengeluarkan butir-butir tentang apa yang membawa kepada penangkapan itu. Saksi berkata ia berpunca daripada pertelingkahan antara dua kumpulan besar.
Dwayne Edwards, 60, dari Los Angeles, berkata dia menerima panggilan daripada anak saudara lelakinya bahawa anaknya, 28 tahun, Astin Edwards, adalah salah seorang yang terbunuh. Anak saudaranya memberitahu dia bahawa anaknya cuba meleraikan pergaduhan ketika seorang lelaki bersenjata mula mencetuskan pertengkaran.
“Saya fikir ini adalah sekadar mimpi dan saya terus bangun,” kata Edwards.
“Dia seorang anak yang baik.” – AP
