Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perth laksana sekatan pergerakan angkara 1 kes virus

    SYDNEY, 31 JAN – Bandar Perth, Australia akan memulakan perintah sekatan pergerakan selama lima hari selepas seorang pengawal keselamatan di sebuah hotel kuarantin disahkan positif virus COVID-19, umum pihak berkuasa hari ini.

    Secara anggaran, kira-kira dua juta penduduk di Perth perlu berada di rumah bermula malam ini dan begitu juga mereka yang tinggal di Peel dan rantau South West.

    Sesi persekolahan yang sepatutnya bermula hari ini akan ditangguhkan dengan penduduk hanya dibenarkan keluar untuk bersenam, keperluan kesihatan, pekerjaan penting serta untuk membeli makanan.

    Peraturan baharu itu menyusuli kes pertama jangkitan komuniti di negeri Australia Barat selama 10 bulan, kata para pegawai.

    Perdana Menteri Australia Barat, Mark McGowan berkata model mereka untuk berhadapan dengan kes COVID-19 adalah dengan cepat dan tegas…jadi kami boleh mengawalnya dengan cepat dan tidak menular masuk ke dalam komuniti seperti mana dihadapi negara lain.

    Pihak berkuasa percaya lelaki itu dijangkiti virus menerusi seorang pengembara yang dikuarantin di sebuah hotel di bandar keempat terbesar di Australia itu.

    Pengembara itu mungkin terkena varian baharu virus itu yang dipercayai boleh menular dengan cepat berbanding strain Covid-19 sebelum ini. – AFP

    Kakitangan kesihatan mengarahkan orang yang hendak diuji ke barisan belakang di Hospital Royal Perth di Perth pada 31 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda