MARYAM BEIK, Iraq, 13 Okt – Beribu-ribu orang tentera Iraq terlibat dalam pertikaian bersenjata dengan pasukan Kurdis di Kirkuk, wilayah bertikai yang kaya dengan hasil minyak ketika Washington berusaha mengalihkan pertikaian antara sekutu-sekutunya dalam perang ke atas kumpulan Islam IS.
Pihak Kurdis semalam berkata Baghdad telah menetapkan had akhir bagi pasukan mereka untuk menyerahkan kedudukan yang mereka kuasai ketika pertempuran balas ke atas para pejuang jihad tiga tahun lalu.
Had akhir itu yang pada asalnya ditetapkan pukul 2 pagi hari ini, telah dilanjutkan dengan 24 jam ketika rundingan semalaman, menurut seorang pegawai Kurdis yang merahsiakan identitinya pada awal hari ini.
Semalam, kenderaan-kenderaan berperisai yang pada kenderaan itu terdapat bendera kebangsaan Iraq telah dihantar ke tebing sungai di pinggir selatan bandar Kirkuk, lapor seorang jurugambar AFP.
Pada tebing bertentangan, para pejuang peshmerga Kurdis jelas kelihatan berada di belakang benteng tanah yang bahagian atas diletakkan blok-blok konkrit dan bendera Kurdis berwarna merah, putih, hijau dan kuning..
“Pasukan kami tidak bergerak dan kini menantikan arahan dari kakitangan turus-am,” seorang pegawai tentera Iraq memberitahu AFP.
Sejurus sebelum tengah malam pasukan tentera Iraq yang menggunakan pelaung suara untuk menggesa para pejuang peshmerga supaya berundur. – AFP