Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pertimbang hak ibu bapa lindungi maklumat peribadi

    Maklumat peribadi yang diminta dalam borang sekolah telah menimbulkan kemusykilan kepada saya dan beberapa ketua keluarga lainnya.

    Saya, sebagai seorang ibu bapa, merasakan bahawa pihak sekolah tidak sepatutnya meminta butiran peribadi yang kurang relevan dengan pendidikan anak-anak kami.

    Saya juga berasa tidak selesa untuk mengisikan borang yang sama setiap tahun, sedangkan pihak sekolah sudah pun mempunyai rekod terdahulu.

    Waima tah pihak sekolah mungkin memerlukan maklumat tersebut untuk tujuan pentadbiran atau statistik.

    Tetapi, pada hemat saya bukanlah satu kemestian untuk pihak sekolah mengetahui semua perkara mengenai pekerjaan, skala gaji ibu bapa, nombor telefon pejabat dan sebagainya.

    Gambar Freepik

    Kerana bagi sesetengah orang, maklumat tersebut bersifat sensitif dan peribadi yang boleh disalahgunakan atau timbulnya pilih kasih terhadap anak-anak kami.

    Saya juga bimbang maklumat peribadi tersebut tidak disimpan dengan selamat dan secara sulit oleh pihak sekolah.

    Maka bertitik tolak dari sinilah saya berpendapat ibu bapa mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka sama ada untuk bersetuju atau menolak mendedahkan atau memberikan maklumat peribadi yang terdapat pada borang sekolah.

    Saya juga berharap pihak sekolah dapat menghormati hak dan privasi ibu bapa serta tidak memaksa para ibu bapa dan penjaga untuk mengisikan borang tersebut.

    Saya percaya hubungan antara ibu bapa dan sekolah harus berdasarkan kepercayaan dan kerjasama, bukan paksaan.

    Saya juga menggesa agar pihak sekolah dapat menyediakan borang yang lebih ringkas dan relevan serta tidak mengulangi permintaan yang sama setiap tahun, di mana dengan demikian akan menjimatkan masa dan tenaga ibu bapa dan sekolah serta memfokuskan perhatian kepada perkara yang lebih penting, iaitu pendidikan anak-anak kami.

    Ibu bapa bingung

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...