Pertimbang perumahan kakitangan awam

KUCHING, 2 DIS – Kerajaan Negeri Sarawak akan mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan kawasan perumahan untuk kakitangan awam negeri serta kakitangan awam persekutuan yang berkhidmat di sini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) mengenai cadangan itu.

“Kita akan bincang dan kenal pasti beberapa tempat, selain mendapatkan input mengenai senarai pegawai awam persekutuan yang bertugas di negeri ini yang mahu membeli rumah,” katanya. – Bernama