Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertiwi anjur Jualan Amal ke-35

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 APRIL – Setelah membatalkannya pada tahun lalu disebabkan pandemik global, Persatuan Pertiwi telah melancarkan Jualan Amal ke-35 di Pejabat Daerah Belait cawangan Seria, hari ini.

    Pelancarannya telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Belait, Awang Ramlee bin Haji Jamudin dan isteri, Dayang Nur Farhana binti Abdullah Ajak yang dialu-alukan oleh timbalan pengerusi majlis, Hajah Zamaiah binti Haji Abdul Hamid.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Hajah Zamaiah menjelaskan bahawa seramai 21 orang ahli persatuan menyertai aktiviti jualan berkenaan pada tahun ini.

    “Sebagai projek tahunan Persatuan Pertiwi, acara jualan ini juga bertujuan untuk menyediakan platform untuk memberi balik kepada masyarakat di mana 10 peratus daripada hasil jualan akan diserahkan kepada Tabung Anak-anak Yatim Daerah Belait,” ujar beliau.

    Berjalan sehingga penghujung Ramadan, beliau berkata, pelbagai produk diketengahkan oleh ahli-ahli persatuan, daripada biskut, kek, bunga dan pakaian. Selepas turut menyampaikan ucapan penghargaannya, Awang Ramlee memotong reben bagi merasmikan acara dan seterusnya meninjau gera-gerai jualan.

    Awang Ramlee memotong reben bagi merasmikan Jualan Amal ke-35 anjuran Persatuan Pertiwi.
    Awang Ramlee dan isteri melihat lebih dekat produk-produk yang dijual pada acara berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda