Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertubuhan Seni Silat Buang Bukut turut meriahkan Syawal

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Dengan hasrat untuk hubungan muhibah dan silaturahim sesama mereka, Pertubuhan Seni Silat Buang Bukut juga tidak ketinggalan mengendalikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dayang Umi Khalthum binti Haji Abdul Karim.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Haji Mohammad Rosfadzilah bin Haji Yusly; Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Buang Bukut, Awang Zainidi bin Admin; dan Yang Di-Pertua Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Brunei Darussalam (PERSIB), Pengiran Haji Abdul Karim bin Pengiran Metassan.

    Majlis yang julung kalinya diadakan berkenaan telah menyaksikan kehadiran para pengerusi dan guru persilatan, dan persatuan-persatuan silat yang terdiri daripada pengerusi-pengerusi PERSIB Daerah Brunei dan Muara, dan Daerah Temburong, jurulatih silat kebangsaan, guru-guru utama Perguruan Silat Cempaka 12, Perguruan Silat Betawi 3, Silat Suffian Bela Diri, dan Pertubuhan Gagak Hitam (PERGAH), serta pengerusi Pertubuhan Pencak Silat Gerak Pusaka.

    Pertubuhan Seni Silat Buang Bukut sebelum ini telah didaftarkan atas nama Pertubuhan Seni Silat Kembang Goyang, dan telah berdaftar dengan PERSIB pada 1997.

    Silat Buang Bukut bukanlah satu persilatan yang baharu dicipta tetapi sudah mula tertubuh dan berkembang pada 1927. Ia mula berkembang dan diajarkan kepada umum oleh nenek kepada Awang Zainidi selaku tuan guru pertubuhan silat berkenaan.

    Awang Zainidi mula dilantik menjadi jurulatih dan seterusnya menjadi guru pada 1972 sehinggalah sekarang.

    Pertubuhan itu telah lulus dan sah berdaftar dengan Bahagian Pendaftaran Pertubuhan Kebangsaan (ROS) pada 13 Mei 2023.

    Dayang Umi Khalthum hadir selaku tetamu kehormat majlis. – GAMBAR SERAHAN PERTUBUHAN SENI SILAT BUANG BUKUT
    Antara yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Seni Silat Buang Bukut, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN PERTUBUHAN SENI SILAT BUANG BUKUT

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda