Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pertubuhan WARGAMAS meriahkan Lebaran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Pertubuhan WARGAMAS (PW) tidak ketinggalan memeriahkan suasana Lebaran dengan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri hari ini di The Walk, Beribi.

    Ia turut diselajurkan dengan penyampaian Anugerah Khas ‘Platinum’ kepada ahli PW yang banyak menyumbang jasa kepada keluarga, kampung, mukim dan negara.

    Majlis dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman dan Datin Hajah Asmah binti
    Haji Abdul Rahman.

    Pada majlis itu, Yang Berhormat Pehin telah menyempurnakan penyampaian anugerah khas kepada Haji Hambali bin Haji Awang Tengah.

    Terdahulu, Yang Di-Pertua PW selaku pengerusi majlis, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan latar belakang dan sejarah perjalanan, perkembangan serta wawasan PW.

    Beliau turut menekankan bahawa PW juga telah merancang dan merangka strategi untuk mengadakan projek, program dan penyertaan dalam mana-mana acara kebangsaan serta kolaborasi keagamaan dengan pihak relevan. Selain itu, PW juga berharap akan dapat membangunkan sebuah wisma warga emas pada masa akan datang.

    Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan daripada Wargawira yang diketuai oleh Timbalan Yang Di-Pertua, Pengiran Razali bin Pengiran Yusof Metali sementara persembahan daripada Warganita diketuai oleh Penolong Ketua Biro Warganita, Hajah Ajijah binti Haji Mohd Salleh.

    Manakala bacaan citation anugerah khas WARGAMAS ‘Platinum’ telah dibacakan oleh Setiausaha Agung dan Ketua Biro Warganita PW, Hajah Sinega binti Haji Swadi.

    Turut hadir pada majlis itu, Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi menyempurnakan penyampaian anugerah khas Platinum kepada Haji Hambali.
    Tetamu kehormat bersama tetamu khas yang lain.
    Persembahan daripada ahli-ahli PW.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...