Oleh Salawati Haji Yahya – BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Pertubuhan WARGAMAS hari ini, telah mengadakan program bersepadu yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

