Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertukaran lawatan China-ASEAN catat 25.24 juta orang

    LIANYUNGANG, 18 SEPT – Pertukaran lawatan individu antara Tanah Besar China dan negara-negara ASEAN merekodkan 25.24 juta orang dalam lapan bulan pertama 2025, meningkat 11.2 peratus dari tahun ke tahun.

    Daripada jumlah itu, seramai 10.73 juta rakyat ASEAN melawat ke Tanah Besar China, kebanyakannya bagi tujuan pelancongan dan urusan perniagaan.

    Perkembangan itu diumumkan dalam Seminar Dasar Tadbir Urus Imigresen Serantau yang berlangsung di bandar Lianyungang, provinsi Jiangsu China kelmarin.

    Menurut data berkaitan, peningkatan aliran lawatan ini didorong pelaksanaan dasar pengecualian visa yang semakin diperluas antara China dan negara-negara ASEAN.

    Sejak perjanjian pengecualian visa China-Malaysia dikuatkuasa pada 17 Julai lalu, seramai 180,000 warga Malaysia telah melawat China, iaitu peningkatan sebanyak 13.2 peratus.

    Daripada angka itu, 150,000 orang masuk ke China dengan menikmati dasar bebas visa. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda