KUALA LUMPUR, 29 Dis – Jumlah pertukaran mata wang asing meningkat sebanyak AS$13.4 bilion (AS$1=RM4.05) kepada AS$115.5 bilion pada November berbanding Oktober, selepas dipacu oleh aktiviti lindung nilai yang lebih tinggi berikutan aliran masuk portfolio bukan pemastautin baru-baru ini.
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Sorotan Bulanan November 2017 yang dikeluarkan hari ini, berkata mata pertukaran satu bulan purata menokok kepada 54 pip daripada 52 pip yang dicatatkan semasa Oktober.
“Ringgit merekodkan prestasi terbaik di rantau ini pada November, selepas pengumuman pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar suku ketiga yang lebih positif daripada unjuran awal serta jangkaan bahawa BNM akan mengembalikan dasar monetari ke paras yang lebih wajar, ini akan meningkatkan permintaan untuk aset ringgit oleh bukan pemastautin. – Bernama