Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertukaran, pelantikan pegawai kanan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan titah perintah bagi pertukaran dan pelantikan Setiausaha Tetap (Undang-undang dan Kesejahteraan), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan juga Pengarah Biro Mencegah Rasuah dan Peguamcara Negara, Dato Paduka Haji Mohd Juanda bin Haji A. Rashid ditukar ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) menjadi Setiausaha Tetap di KKBS.

    Sementara Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datin Dayang Elinda binti Haji C.A. Mohamed dilantik menjadi Setiausaha Tetap di JPM dan juga sebagai Pengarah Biro Mencegah Rasuah. Tarikh pertukaran dan pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuatkuasa mulai hari Khamis, 13 Safar 1439H bersamaan 2 November 2017M.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda