Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pertumbuhan ekonomi China susut 3%

    BEIJING, 17 JAN – Pertumbuhan ekonomi China susut ke paras kedua terendah sekurang-kurangnya dalam tempoh empat dekad pada tahun lalu disebabkan oleh tekanan daripada kawalan antivirus dan kelembapan hartanah.

    Namun aktiviti kembali bangkit selepas sekatan yang mengurung jutaan penduduk di rumah dan menyebabkan bantahan telah dilonggarkan.

    Negara ekonomi kedua terbesar dunia itu mencatatkan pertumbuhan 3 peratus pada 2022, kurang separuh daripada tahun sebelumnya iaitu 8.1 peratus, menurut data rasmi yang diterbitkan hari ini.

    Angka tersebut merupakan angka tahunan kedua terendah sejak 1970an selepas 2022, apabila pertumbuhan jatuh kepada 2.4 peratus semasa permulaan pandemik koronavirus.

    Kelembapan ekonomi China telah menjejaskan rakan niaganya dengan mengurangkan permintaan untuk minyak mentah, makanan, barangan pengguna dan barangan import lainnya. Peningkatan semula akan memberikan rangsangan kepada bekalan global yang berdepan dengan risiko kemelesetan yang semakin teruk di negara-negara barat.

    Pertumbuhan ekonomi menjunam kepada 2.9 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam tiga bulan terakhir pada Disember daripada suku sebelumnya iaitu 3.9 peratus, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Nasional.

    Perbelanjaan pengguna mula pulih namun masih lemah pada Disember selepas parti peme-rintah Komunis secara mengejut menamatkan pengawalan ‘sifar COVID’.

    Pertumbuhan ekonomi China merupakan penurunan jangka masa panjang selepas mencapai kemuncak iaitu 14.2 peratus pada 2007, terjejas akibat halangan termasuk tenaga kerja yang semakin tua dan menguncup serta sekatan yang semakin meningkat terhadap akses China kepada teknologi barat disebabkan oleh kebimbangan keselamatan. – AFP

    Seorang lelaki dan seorang kanak-kanak memakai pelitup muka berjalan melalui kedai yang ditutup pada 3 Januari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...