Monday, December 23, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertumbuhan penduduk Malaysia perlahan

    PUTRAJAYA, 14 NOV – Penduduk Malaysia pada suku ketiga 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding suku ketiga 2023 iaitu sebanyak 33.6 juta dengan pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 1.6 peratus berbanding 2.1 peratus.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan lebih perlahahan itu seiring dengan penurunan bilangan kelahiran.

    Beliau berkata jumlah penduduk itu terdiri daripada 30.7 juta atau 90 peratus warganegara dan 3.4 juta atau 10 peratus bukan warganegara.

    Mohd Uzir berkata penduduk lelaki meningkat kepada 17.9 juta daripada 17.6 juta pada suku ketiga 2023 dan populasi wanita bertambah kepada 16.2 juta daripada 16 juta dalam tempoh sama.

    “Nisbah jantina keseluruhan penduduk ialah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi warganegara ialah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.

    Mohd Uzir berkata penduduk umur muda (0-14 tahun) kekal tidak berubah pada 7.6 juta atau 22.2 peratus manakala komposisi populasi umur bekerja (15-64 tahun) dan penduduk tua (65 tahun dan lebih) masing-masing meningkat daripada 23.5 juta ( 70 peratus) dan 2.5 juta (7.5 peratus) kepada 23.9 juta (70.2 peratus) dan 2.6 juta (7.7 peratus). – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda