Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Pertumbuhan penonton kandungan mudah alih meningkat’

    KUALA LUMPUR, 31 JAN – Industri hiburan kini mengambil inisiatif untuk menerima guna digitalisasi sejajar dengan meningkatnya pengguna digital memandangkan massa kini beralih lebih banyak kepada tawaran atas permintaan berbanding kaedah tradisional dalam penggunaan media.

    Justeru, platform penstriman dalam talian, WeTV Malaysia menjangkakan pertumbuhan penonton kandungan mudah alih semakin meningkat dalam tempoh tiga tahun, manakala penamatan televisyen kabel mungkin turut bertambah susulan pengguna diperkenalkan dengan lebih banyak pilihan dalam pasaran.

    Pengurus Negara, Heng Aik Kuang berkata Malaysia bakal mencatatkan antara kadar penembusan penonton menerusi telefon pintar tertinggi di rantau ini.

    Beliau berkata oleh yang demikian, WeTV sudah pasti akan menyaksikan peralihan besar kepada penonton mudah alih dengan minat yang amat tinggi termasuk bagi tontonan atas permintaan.

    “Interaksi pertama majoriti rakyat Malaysia dengan kandungan video cenderung melalui peranti pintar berbanding dengan televisyen, komputer atau komputer riba.

    “Kandungan tempatan juga akan melonjak memandangkan kualiti industri hiburan tempatan semakin baik dari tahun ke tahun,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda