Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertumbuhan perdagangan China meningkat

    BEIJING, 13 Julai – Pertumbuhan perdagangan China meningkat dengan pesat untuk bulan kedua pada Jun dalam petanda positif untuk permintaan global dan ekonomi nombor dua dunia.

    Eksport meningkat 11.3 peratus kepada AS$199.6 bilion, bertambah daripada kadar 8.7 peratus pada Mei, data kastam menunjukkan hari ini. Import meningkat 17.2 peratus kepada AS$153.8 bilion, naik daripada pertumbuhan 14.8 peratus pada bulan sebelumnya.

    Permintaan eksport yang kukuh mungkin membantu menyokong pertumbuhan ekonomi China yang diramalkan akan menjadi lemah pada tahun ini tatkala Beijing mempertingkat kawalan pinjaman bank untuk mengurangkan risiko hutang yang bertambah.

    “Angka yang positif pada hari ini menandakan permintaan luar negara yang kukuh untuk barangan China, serta permintaan domestik yang agak kukuh,” kata Julian Evans-Pritchard daripada Capital Economics dalam satu laporan.

    Pemimpin China berusaha menggalak penggunaan domestik dan mengurangkan kebergantungan pada perdagangan dan pelaburan.

    Gambar yang diambil dari udara memperlihatkan jeti kontena di Pelabuhan Zhoushan di Ningbo City, wilayah Zhejiang Timur China. Pertumbuhan perdagangan China meningkat dengan pesat untuk bulan kedua pada Jun dalam petanda positif untuk permintaan global dan ekonomi nombor dua dunia. – Xinhua
    Gambar yang diambil dari udara memperlihatkan jeti kontena di Pelabuhan Zhoushan di Ningbo City, wilayah Zhejiang Timur China. Pertumbuhan perdagangan China meningkat dengan pesat untuk bulan kedua pada Jun dalam petanda positif untuk permintaan global dan ekonomi nombor dua dunia. – Xinhua

    Namun pelan mereka membawa kepada kehilangan pekerjaan dalam industri yang bergantung pada eksport yang menggaji berjuta-juta orang.

    Tabung Mata Wang Antarabangsa menjangka pertumbuhan ekonomi pada tahun ini merosot kepada 6.6 peratus berbanding 6.7 peratus pada tahun lalu dan kepada 6.2 peratus pada 2018.

    “Eksport harus mencatat prestasi yang kukuh berdasarkan prospek positif untuk rakan perniagaan utama China,” kata Evans-Pritchard.

    “Namun kami berasa ragu-ragu kadar import sekarang boleh dikekalkan untuk tempoh masa yang lebih lama berdasarkan halangan dalam ekonomi China akibat kawalan dasar yang ketat.”

    Lebihan dagangan global China pada Jun meningkat 37.3 peratus berbanding setahun sebelumnya kepada AS$42.7 bilion.

    Lebihan dengan 28 negara Kesatuan Eropah, rakan perniagaan terbesar China, berkembang sebanyak 60.5 peratus kepada AS$11.4 bilion.

    Jurang perniagaan dengan Amerika Syarikat bertambah sebanyak 88.1 peratus kepada AS$25.4 bilion. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda