Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pertumbuhan progresif ekonomi sokong pemulihan kukuh

    KUALA LUMPUR, 19 FEB – Malaysia dijangka pulih semula dengan kukuh daripada kelembapan global disokong oleh pertumbuhan progresif ekonomi domestik serta unjuran pres-tasi ekonomi dunia yang meyakinkan pasca pandemik, kata seorang pe-ngurus dana.

    Ketua pegawai eksekutif dan ketua negara Principal Malaysia Munirah Khairuddin berkata tempoh tiga tahun lepas menyaksikan banyak perubahan dalam landskap global termasuk ketegangan geopolitik, perubahan kerajaan di dunia dan pasaran ke-wangan yang tidak menentu yang memberi tekanan kewangan kepada ramai orang termasuk rakyat Malaysia.

    “Walaupun kita optimis dengan pertumbuhan ekonomi, kita masih lagi berhati-hati dengan konflik global sekarang dan kemungkinan memuncaknya perang Rusia-Ukraine serta kadar inflasi di negara ini,” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama.

    Munirah berkata walaupun kebimbangan terhadap kemelesetan masih wujud, namun tempoh sukar nampaknya telah berakhir kerana majoriti pasaran mula menunjukkan petanda lantunan semula ekonomi yang kukuh dipacu oleh pembukaan semula ekonomi China.

    “Pembukaan semula ekonomi China akan menyemarakkan pemulihan ekonomi terbesar di Asia itu dan yang kedua terbesar di dunia.

    “Peluang menunggu di Asia, terutamanya dalam sektor boleh diperbaharui dan pelancongan, selagi negara terus memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI).

    “Meskipun Malaysia dijangka kekal mengalami pasaran tidak menentu terutamanya bagi ekuiti yang disebabkan ketidaktentuan global, namun negara dijangka terus mendapat daya tarikan kerana pasaran berada di bawah nilai,” katanya.

    Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia meluluskan FDI berjumlah RM392.9 bilion antara 2018 dan 2021, yang mana RM300.5 bilion atau 76.5 peratus telah direalisasikan pada akhir 2021, manakala pelaburan utama dimeterai pada 2022, termasuklah dengan Samsung dan AMD. – Bernama

    Ekonomomi Malaysia dijangka pulih semula dengan kukuh daripada kelembapan global. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...