Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertunjukan bakat gilap kebolehan pelajar

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 6 OGOS – Seorang demi seorang pelajar dari Sekolah Tunas Jaya (STJ) PGGMB Kuala Belait naik ke atas pentas sebagai kemuncak persiapan berbulan-bulan untuk membuat pertunjukkan bakat yang dinanti-nantikan.

    Acara yang dianjurkan oleh jawatankuasa sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) STJ PGGMB itu, diadakan baru-baru ini di lobi utama sekolah berkenaan.

    Hadir merasmikan acara tersebut ialah Pengerusi PIBG STJ PGGMB, Awang Safwan bin Abdullah, selaku pengerusi bagi pertunjukan tersebut.

    Turut hadir, pelajar dan guru sekolah, serta tetamu yang terdiri daripada Setiausaha Agung PGGMB, Haji Mustapha bin Haji Masri; Setiausaha Kewangan PGGMB, Haji Juned bin Haji Ramli; Timbalan Setiausaha Agung, Haji Yahya bin Haji Mirasan; dan Guru Besar Sekolah Tunas Jaya PGGMB, Dayang Fazziah binti Kamis.

    Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Awang Safwan menjelaskan pertunjukkan itu bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran pelajar sekolah di samping membantu mereka berkembang dan keluar dari zon selesa.

    ATAS & BAWAH : Tarian singa yang dipersembahkan semasa pertunjukan tersebut dan sesi bergambar ramai. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    “Dalam membuat pertunjukkan secara langsung di hadapan penonton kita yang ceria hari ini, kita akan dapat menyaksikan dan meraikan setiap pencapaian kecil yang akan diraih oleh pelajar sepanjang perjalanan hidup mereka, dan akan sentiasa berada di sisi mereka pada setiap langkah untuk menyokong mereka,” ujarnya lagi

    Selepas ucapan perasmian, acara kemudiannya diteruskan dengan pertunjukan pelajar di atas pentas secara bergilir-gilir yang menampilkan pelbagai bakat bermula daripada lukisan artistik kepada lagu dan tarian budaya serta kontemporari. Kesemua pertunjukkan mereka telah berjaya memukau orang ramai termasuk para hakim yang menentukan pemenang pada penghujung acara.

    Di antara 10 bakat pelajar yang naik ke pentas untuk membuat pertunjukan, Awang Mohammad Haydaan bin Mohammad Sofrijan telah dinobatkan sebagai pemenang dengan tarian singa tafsirannya yang menyaksikan hakim memberikannya 85 markah.

    Manakala di tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh Dayangku Nur Irdina Sofea binti Pengiran Mohd Abu Hurairah dan Awang Asadel Afuza bin Mohammad Syukrie dengan masing-masing memperolehi 77 dan 76 markah.

    Sementara itu, tiga pemenang teratas turut menerima hadiah berupa trofi dan sijil penyertaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda