Monday, November 18, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertunjukan cahaya di Chao Phraya tawan hati pengunjung

    BANGKOK, 17 NOV – Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) telah melancarkan ‘VIJIT CHAO PHRAYA 2024’, sebuah pameran cahaya dan kebudayaan yang menakjubkan di sepanjang Sungai Chao Phraya.

    Acara itu bertujuan untuk menarik pelawat domestik dan antarabangsa pada musim akhir tahun, sekali gus merancakkan industri pelancongan dan menjana aktiviti ekonomi yang signifikan.

    Gabenor TAT Thapanee Kiatphaibool berkata acara itu selaras dengan visi Thailand untuk menjadi antara lima destinasi menjana pendapatan pelancongan terbaik dunia, mempamerkan warisan budaya negara yang kaya melalui perkongsian awam-swasta yang kukuh.

    “Kami menyasarkan untuk menjana sekurang-kurangnya 600 juta baht dalam hasil, meningkatkan pendapatan pelancongan tempatan dan menggalakkan penginapan yang lebih lama di sepanjang Sungai Chao Phraya,” katanya kepada pemberita kelmarin.

    Pada petang Jumaat, Menteri Pelancongan dan Sukan, Sorawong Thienthong merasmikan majlis Pencahayaan dan Penerangan acara itu, yang turut disertai oleh diplomat asing dan wakil media dalam pelayaran di sepanjang Sungai Chao Phraya.

    Dari 16 November hingga 15 Disember, kawasan tepi sungai Bangkok akan menjadi hidup setiap petang dengan pameran cahaya memukau, pertunjukan laser, pemetaan unjuran, persembahan kebudayaan Thailand dan bunga api di tujuh mercu tanda ikonik di 14 lokasi utama. – Bernama

    Seorang wanita bersedia untuk melepaskan tanglung air sempena Festival Loy Krathong di Sungai Chao Phraya di Ayutthaya, Thailand, pada 15 November. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda