Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Pertunjukan flamenco percuma tarik pelancong ke Madrid

    MADRID, 27 JUN – Dewan bandar raya Madrid kelmarin berkata ia akan menawarkan pertunjukan flamenco secara percuma di muzium berhawa dingin pada waktu paling panas untuk menggalakkan pelancong berlindung daripada cuaca panas.

    Sepanyol mengalami tahun kedua terpanas pada 2023 dan suhu di Madrid kerap mencecah 40 darjah Celsius pada bulan-bulan musim panas. Lebih 1.6 juta pelancong melawat ibu negara Sepanyol itu pada Julai dan Ogos lalu.

    Sementara suhu pada waktu pagi masih dapat ditahan, Taman Retiro di tengah Madrid dikatakan ‘panas pada 3 petang. Tempat terbaik untuk berlindung adalah tempat berhawa dingin dan ini bermakna muzium, pawagam dan perpustakaan,’ kata ahli majlis bandar raya Madrid untuk budaya dan pelancongan, Marta Rivera de la Cruz.

    Untuk tujuan itu, tiga muzium utama Madrid iaitu Prado, Reina Sofia dan Thyssen serta Galeri Koleksi Diraja bersebelahan istana diraja akan menawarkan pertunjukan flamenco percuma setiap hari dari jam 3 hingga 5 petang pada bulan Julai dan Ogos, tambahnya.

    Rancangan itu akan menampilkan penghibur antarabangsa yang terkenal seperti Yolanda Osuna dan Eduardo Guerrero.

    Langkah itu ‘tidak akan melibatkan sebarang perbelanjaan tenaga tambahan,’ kerana tempat-tempat ini sudah pun berhawa dingin, menurut Rivera de la Cruz. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...