LIMA, 29 Nov – Eksekutif minyak Peru semalam memberi amaran ‘malapetaka’ selepas penduduk asli memotong saluran utama di wilayah Amazon dan boleh mencetuskan pertumpahan 8,000 tong minyak.
“Kita akan berdepan dengan bencana alam sekitar,” beritahu pengurus firma minyak negara, Petroperu, Beatriz Alva kepada saluran televisyen N.
Alva memberitahu jumlah tumpahan minyak mentah adalah lebih atau kurang daripada 8,000 tong.
Penduduk di komuniti pedalaman daerah Morona, timur laut Loreat, memotong saluran paip itu pada Selasa malam dan menghalang para petugas untuk membaikinya, kata Alva. – AFP