LIMA, 28 OGOS – Peru dan Colombia mencadangkan bagi satu sidang kecemasan Amazon bagi negara-negara di rantau tersebut bagi menyelaraskan satu strategi untuk melindungi hutan hujan itu, yang ketika ini dilanda kebakaran besar.
Amazon, yang dikenali sebagai ‘paru-paru planet’ tetapi mengalami kebakaran paling teruk dalam tempoh beberapa tahun, sehingga mencetuskan kebimbangan global.
Presiden Peru, Martin Vizcarra dan rakan sejawatannya dari Colombia, Ivan Duque menggesa bagi satu sidang kecemasan pada 6 September di Colombia bagi ‘berganding bahu’ melindungi hutan hujan itu, jelas mereka dalam satu kenyataan pada sidang dua hala di Pucallpa, Peru.
“Presiden menyedari keperluan untuk berganding bahu atas manfaat perlindungan dan kemapanan rantau Amazon, yang merupakan ekosistem paling penting ketahanan planet,” jelas mereka.
Tiada negara disebut untuk dijemput bagi sidang itu tetapi memandangkan lokasi pertemuan itu, di Leticia, secara praktikalnya sempada tiga penjuru antara Colombia, Peru dan Brazil, mencadangkan Brazil pastinya terlibat. – AFP
