Friday, January 3, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peru isytihar darurat di 544 daerah

    LIMA, 20 SEPT – Kerajaan Peru mengisytiharkan darurat di 544 daerah selama 60 hari kelmarin berikutan kekurangan air yang mungkin timbul akibat El Nino yang dijangka melanda antara 2023 dan 2024, lapor Xinhua.

    Dekri itu, yang diterbitkan dalam akhbar rasmi El Peruano, mengatakan bahawa ini akan membolehkan ‘pelaksanaan langkah dan tindakan kecemasan, serta-merta dan perlu bagi mengurangkan risiko tinggi yang sedia ada.’

    Dengan penyelarasan teknikal Institut Pertahanan Awam Negara (INDECI) dan institusi negeri, kerajaan wilayah dan tempatan akan menerima pakai langkah-langkah yang sepadan yang akan “diubah suai mengikut keperluan”.

    Dekri itu berdasarkan laporan teknikal yang dikeluarkan pada 13 September oleh INDECI dan institusi lain, yang melaporkan keadaan hidrologi semasa dan keadaan takungan, serta kemungkinan fenomena El Nino. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda