Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peru isytihar darurat selama sebulan

    LIMA, 18 MAC – Peru kelmarin mengisytiharkan darurat selama sebulan di ibu negara Lima bagi membenarkan penempatan tentera untuk membantu polis melakukan pembanterasan selepas gelombang pembunuhan yang dikaitkan dengan pemerasan.

    Tindakan itu dibuat selepas penyanyi Paul Flores, 39, ditembak mati Ahad lalu oleh pembunuh upahan yang menyerang bas yang dinaikinya bersama rakan kumpulan ketika mereka meninggalkan konsert di luar Lima, sebuah bandar berpenduduk 10 juta orang.

    Pemuzik itu telah diancam oleh kumpulan penjenayah yang cuba memeras wang, kata wakil mereka.

    Walaupun pemerasan adalah masalah yang sering berlaku di seluruh Amerika Latin, namun ia telah mencetuskan kebimbangan di Peru fenomena yang sebahagiannya dipersalahkan kepada kumpulan penjenayah seperti Tren de Aragua Venezuela yang beroperasi di beberapa negara Amerika Latin.

    Sejak Januari, lebih 450 pembunuhan telah dilaporkan, menurut data kerajaan.

    Di bawah keadaan darurat yang berkuat kuasa untuk Lima dan pelabuhan Callao, kerajaan boleh menggantung kebebasan awam seperti hak untuk berhimpun selain penelitian terhadap rumah boleh dilakukan.

    “Kami tidak akan membenarkan satu kematian lagi,” kata Presiden Dina Boluarte selepas pembunuhan Flores. Tambahnya, dia serius mempertimbangkan untuk mengembalikan hukuman mati bagi pembunuh bayaran dan peras ugut. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda