Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Peru rekod kematian pertama cacar monyet

    BOGOTA, 2 OGOS – Peru kelmarin mencatatkan kematian pertama melibatkan pesakit yang dijangkiti cacar monyet dengan jumlah jangkitan di negara itu kini melebihi 300 kes.

    Pesakit seorang lelaki berusia 45 tahun yang menghidap HIV dan sistem imun yang lemah, kata pengarah sebuah hospital awam di Lima.

    Lelaki itu tiba di hospital dengan jangkitan cacar monyet, tetapi kesihatannya semakin merosot selepas tidak menjalani rawatan untuk HIV/AIDS, lapor agensi Anadolu memetik Pengarah Hospital Dos de Mayo, Eduardo Farfan.

    “Dia tiba di hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami luka pada kulit dan masalah paru-paru.

    “Pesakit tiba dengan jangkitan yang sudah semakin teruk,” kata Farfan.

    Peru mengesan lebih 305 kes cacar monyet, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan pada Isnin.

    Ketua Institut Kesihatan Negara, Victor Suarez, memberi amaran bahawa bilangan orang yang dijangkiti virus itu boleh meningkat selagi tingkah laku berisiko seperti mempunyai banyak pasangan seksual berterusan.

    Cacar monyet atau monkey-pox setakat ini menjangkiti terutamanya lelaki yang melakukan hubungan seks sesama jenis, namun pakar memberi amaran bahawa sesiapa yang berhubung rapat dengan orang yang dijangkiti atau pakaian mereka mungkin berisiko dijangkiti.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global pada 23 Julai. Minggu lalu, Kementerian Kesihatan Brazil melaporkan kematian pertama berkaitan cacar monyet di luar Afrika – seorang lelaki berusia 41 tahun yang menghidap kanser dan sistem imun yang lemah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...