Thursday, July 4, 2024
30 C
Brunei

    -

    Peru siasat dakwaan penderaan seks kanak-kanak di sekolah Orang Asli

    LIMA, 18 JUN – Kerajaan Peru kelmarin berkata ia akan menyiasat dakwaan penderaan seks yang dilemparkan oleh ratusan kanak-kanak Orang Asli terhadap guru-guru di kawasan hutan di negara Amerika Selatan itu.

    Sebanyak 524 kes rogol dan penderaan telah dilaporkan oleh kanak-kanak perempuan dan lelaki daripada kumpulan Orang Asli Awajun yang bersekolah di sekolah awam di wilayah Condorcanqui di utara Peru sejak 2010.

    Jenayah yang didakwa berlaku di kediaman sekolah telah didedahkan bulan lalu oleh Rosemary Pioc, wakil persatuan wanita Awajun.

    “Kami perlu menyiasat fakta, kami akan berdiri bersama mangsa,” kata jurucakap kerajaan Alberto Adrianzen kepada wartawan, kelmarin.

    “Kami tidak menerima sebarang bentuk penderaan seksual”.

    Pengumuman siasatan dibuat selepas dua menteri kerajaan mencetuskan kemarahan dengan menyamakan dakwaan penderaan itu dengan ‘amalan budaya’.

    “Untuk mengatakan ia amalan budaya adalah menyokong tindakan tersebut, rogol bukan amalan dalam komuniti kita,” kata Pioc kepada radio RPP, kelmarin.

    Adrianzen berkata mangsa ‘perlu menerima penjagaan kesihatan menyeluruh’ termasuk bantuan psikologi dan rawatan HIV, jika perlu.

    Ombudsman hak asasi manusia Peru menggesa supaya guru yang terlibat ‘dibuang serta-merta’ dari sekolah. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...